KEKUATAN AGAMA DAN AKHIR ZAMAN

Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila akhir zaman telah tiba, maka kekuatan agama dan dunia manusia adalah pada dirham dan dinar” (Riwayat Thabrani”) 

Akhir zaman bermula setelah lahirnya junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Diakhir zaman agama ditegakkan (dikuatkan) oleh kewangan. Begitu juga dunia iaitu kekuasaan. Manusia memerlukan kewangan untuk menguatkan kuasa politik.

Diakhir zaman mungkin tiada atau tidak ramai yang akan mengajar agama tanpa mengambil apa-apa bayaran. Imam As-Syafie yang lahir 190 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. mengharuskan guru-guru agama mengambil bayaran kerana beliau bimbang tiada orang yang akan mengajarkan Al-Quran. Namun adalah tidak wajar meletakkan harga kerana agama bukanlah barangan untuk dijual. Lagipun Allah s.w.t. telah menjanjikan balasan di hari AKhirat nanti kepada mereka yang mengajar agama.

No comments:

Post a Comment